PIAGAM PELANGGAN

Komitmen kami ialah membina rumah-rumah dan bangunan komersial yang mematuhi Undang-Undang Kecil Bangunan serta berdaya ketahanan dan berkefungsian dengan kos berpatutan.

Kami akan menyiapkan rumah, kedai dan bangunan komersial dalam masa dua (2) tahun daripada tarikh Perjanjian Jual Beli ditandatangani.

Kami akan menyerahkan kunci rumah, kedai ataupun bangunan komersial kepada pembeli yang layak selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari selepas Sijil Menduduki dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Kami akan memproses pertukaran hak milik / geran tanah dalam masa tiga (3) bulan daripada tarikh pembayaran penuh dibuat, tertakluk kepada geran tanah individu telah dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur.

Kami akan memeriksa aduan-aduan kerosakan dalam masa tujuh (7) hari daripada tarikh aduan diterima dan memperbaiki kerosakan dalam masa empat (4) minggu dari tarikh pemeriksaan.

Kami akan memberi layanan yang bersopan santun, saksama dan bertimbang rasa kepada semua pemohon serta memberikan maklumat dengan tepat dan jelas.  

Alamat

Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar

Wisma Perindustrian Likas,
Tingkat 13, 14 & 15,
Jalan Istiadat Likas,
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Pautan Rasmi

Hubungi Kami

📞 +6088 287 777

📠 +6088 222 670

🖥 info.lppb@sabah.gov.my

Jumlah Pelawat

  • Users 1
  • Articles 4
  • Articles View Hits 2972