MAKSUD LOGO

BUMBUNG
melambangkan tempat berlindung, hidup berkeluarga dan bekerja yang menjadi tunggak usaha LPPB sebagai agen pembangunan perumahan dan bandar.
SEROMBONG
Melambangkan kemakmuran hidup setiap keluarga yang menjadi teras masyarakat penyayang.
HURUF 'L' BESAR
Melambangkan asas yang kukuh untuk mencapai matlamat organisasi merealisasikan wawasan Negara dan hala tuju Kerajaan Negeri.
WARNA KEEMASAN
Warna korporat LPPB yang melambangkan kegemilangan. Ia juga melambangkan aspirasi LPPB untuk menjadi aset penting kepada Kerajaan Negeri.
KONSEP 3-D
Menggambarkan LPPB sebagai sebuah organisasi yang dinamik, teguh dan berwibawa.