PERUTUSAN PENGURUS BESAR

DATUK ROSEMARY AHPING
PENGURUS BESAR LPPB
Saya mengucapkan selamat datang dan selamat melayari web Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting mengenai organisasi, aktiviti dan peranannya.
Web ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui lebih dekat fungsi LPPB seperti berikut:-
- Membina, memperbaiki dan menyambung sesuatu bangunan bagi maksud dijual, dipajakkan atau disewakan.
- Membangunkan semua bandar baru.
- Membangunkan dan memperbesarkan bandar-bandar yang sedia ada.
- Membersih dan membangunkan semula kawasan-kawasan sesak.
- Membangunkan kawasan-kawasan luar bandar atau pertanian bagi menempatkan semula orang-orang yang kehilangan tempat tinggal.
- Membangunkan projek-projek penempatan semula yang lain yang diluluskan.
- Menyediakan dan mengurus skim pinjaman perumahan sebagai contoh Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Berpendapatan Rendah (SPPUGBR).
- Mengurus pembangunan tanah, rumah, harta dan bangunan milik LPPB.