NOTIS
JEMPUTAN USAHASAMA
Notis Jemputan Usahasama
Bahagian Pembangunan Komersil merupakan jentera pelaburan LPPB dalam pasaran hartanah secara komersil. Bahagian ini merancang dan melaksanakan pembangunan perumahan kos sederhana dan tinggi, pembinaan kedai, pejabat, kompleks membeli belah, hotel dan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan industri pembangunan hartanah.
Dalam menghadapi tanggungjawab yang mencabar ini, Bahagian Pembangunan Komersil kami, sebagai unit perniagaan strategik, berperanan penting dalam perancangan perniagaan LPPB. Kami berkomitmen untuk memainkan peranan utama dalam pasaran hartanah berkualiti tinggi dengan mengimplementasikan beberapa strategi utama. Salah satu strategi utama kami adalah pembangunan secara usahasama bersama pemaju swasta.
Maklumat lanjut boleh didapati pada pautan di bawah.




